Tak guna Internet unlimited kalau line kau macam hanat…

Siapa yang tidak geram sekiranya pelan Internet tanpa had yang dibeli hanya indah khabar dari rupa malah kelajuan data yang diterima sangat tidak memuaskan hati?

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter, Jep yang berang apabila talian Internet U Mobile yang dibelinya tidak dapat digunakan kerana line yang perlahan dan sering terputus.

Menurut Jep, tiada guna U Mobile menawarkan kuota Internet tanpa had, tetapi mutu perkhidmatan sangat teruk.

Katanya, situasi akan lebih teruk sekiranya dia berada di luar Kuala Lumpur yang langsung tidak diliputi rangkaian telco tersebut.

Bagaimanapun, Jep tidak akan sesekali bertukar ke telco lain sehingga syarikat tersebut memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

Masalah yang dihadapi Jep mendapat perhatian pihak U Mobile yang kemudiannya membalas dan memperjelas situasi sebenar kepadanya.

Menurut U Mobile, gangguan perkhidmatan telco tersebut berlaku disebabkan proses perluasan dan penaiktarafan rangkaian yang dijalankan secara berterusan.

Bagaimanapun, Jep tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut yang dikatakan jawapan copy and paste semata-mata.

Tweet Jep itu telah mendapat perhatian warga Twitter yang lain. Ramai yang bersependapat yang mutu kualiti perkhidmatan U Mobile menjadi semakin teruk berbanding dahulu.

Ada juga netizen yang membuat perbandingan kelajuan internet di antara U Mobile dengan telco lain di kawasan mereka.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *