Portal berita terbaik anda

Politik

Tutup satu tol, turun harga minyak Semenyih menang – Rais

KUALA LUMPUR – Tutup satu tol, turunkan harga minyak itu antara cadangan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim untuk Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih Mac depan.

Rais mengemukan cadangan itu kepada Kerajaan berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kepada Barisan Nasional Sabtu lalu.

Selain tol dan harga minyak, beliau juga mahu janji yang kepada peneroka Felda yang dibuat Pakatan Harapan sebelum Mei 2018 perlu ditunaikan.

“Mungkir janji orang tak suka, orang tak pilih kita. Pimpinan atasan PH tentu lebih daripada faham kenapa kalah di Cameron Highlands.

“Tutup satu tol kurangkan harga minyak untuk motoris Malaysia. Tunai janji Felda pra-Mei 2018. Buat stok penimbal beras, tepung, minyak masak, susu anak. Semenyih menang,” kata Rais dalam Twitter.

Sabtu lalu, calon DAP, M Manogaran tewas buat kali ketiga kepada calon muka BN, Ramli Mohd Noor dengan majoriti 3,238 undi. Ramli mendapat mendapat 12,038 undi, mengalahkan Manogaran yang menperoleh 8,800 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Semenyih diadakan pada 2 Mac depan dan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari, manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply