Portal berita terbaik anda

Utama

Turunkan harga rumah atau kerajaan tarik pengecualian SST

Kerajaan mungkin terpaksa menimbang semula untuk menarik balik pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap bahan binaan dan perkhidmatan pembinaan sekiranya pemaju tidak menurunkan harga rumah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah regim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus termasuk menyewa dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri, namun kini semunya sudah dikecualikan daripada cukai.

“Justeru kita berharap pemaju dapat membalas semula pengecualian SST yang diberikan kerajaan ini dengan mengurangkan harga rumah.

“Jika tidak saya terpaksa untuk menimbang semula pengecualian yang diberikan kerana kita mahu melihat harga rumah turun.

“Saya juga tidak mahu penjimatan yang diraih daripada pengecualian SST ini diterjemahkan kepada penambahan pakej-pakej tertentu di dalam perumahan, sebaliknya saya lihat mahu harga dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan Pemaju Hartanah: Siri CEO Institut Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah Malaysia (REHDA) 2018 di Kuala Lumpur.

Antara bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah seperti simen, pasir dan juga besi.

Loading...

Leave a Reply