Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Zakir Naik kekal tinggal di Malaysia – Tun M

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa penceramah bebas, Dr. Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India.

“Buat masa ini, tiada perubahan (pendirian),” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 1,500 pegawai kerajaan gred 41 hingga 48 di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak menghantar pulang Dr. Zakir.

Awal bulan lalu, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, Zakir juga tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, Zakir tidak dibenar memberi ceramah di semua medium, termasuk dalam media sosial.

Beliau berkata, larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

Larangan itu berikutan laporan polis berhubung dakwaan beliau menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini beeikutan ceramahnya di Kelantan.

Dr. Zakir bagaimanapun telah pun memohon maaf dan menafikan dakwaan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén