Tun M tersasul panggil perwakilan PPBM sebagai ahli UMNO

0
40

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tersasul apabila memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai ahli UMNO.

Pengerusi PPBM itu mengundang gelak tawa lebih 1,900 perwakilan yang berada dalam Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut ketawa sambil kedua-dua tangannya memegang songkok sebelum menyambung semula ucapannya.

Kejadian berlaku ketika beliau menasihatkan ahli parti terbabit supaya menyertai pertubuhan dan organisasi untuk kekal aktif dalam kegiatan masyarakat.

“Kita perlu memainkan peranan dalam aktiviti masyarakat setempat bukan sekadar aktiviti dalam parti. Kita boleh menyertai persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan sukan dan lain-lain.

“Ahli UMNO..,” katanya yang terhenti seketika selepas menyedari beliau tersasul.

Selepas menyedari perkara itu, Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya mahu memberitahu sesuatu mengenai ahli UMNO kepada perwakilan.

“Saya tak silap, saya cuma mahu beritahu ahli UMNO penipu besar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here