Tun M mahu projek kereta nasional baharu, ganti Proton

0
6888

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau berhasrat menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

“Proton bukan lagi kereta nasional.

“Ia sekarang milik China.

“Cita-cita kami untuk mulakan kereta nasional yang lain, mungkin dengan bantuan negara-negara Asean dan rakan-rakan kami,” katanya dalam sidang Nikkei di Tokyo, Jepun hari ini.

Sebanyak 49.9 peratus saham Proton dijual kepada Geely tahun lepas ketika pentadbirann perdana menteri lama Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom, milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, masih memiliki 50.1 peratus saham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here