Tun Faisal mahu bertanding MT Umno demi Melayu, Islam

0
982

Bekas pengarah bahagian komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz hari ini mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Menurut Tun Faisal, beliau berhasrat untuk bertanding bagi melakukan perubahan dalam Umno tanpa meninggalkan prinsip perjuangan dalam parti itu.

“Parti kita memerlukan pasukan baru di peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian.

“Parti kita memerlukan sikap, budaya, pendekatan dan gerak kerja baru untuk mengembalikan sokongan ahli, penyokong dan rakyat.

“Bagaimanapun itu tidak bermaksud prinsip dan perjuangan Umno juga mesti diubah,” katanya dalam kenyataan.

Dengan memberi lima tawaran, Tun Faisal berkata Umno akan kekal perjuangannya membela Islam, institusi Raja-raja Melayu, orang Melayu dan rakyat Malaysia.

“Walaupun Umno perlu berubah, tetapi Umno tidak boleh diubah menjadi sebuah parti sosialis dan menyokong fahaman liberalisme dan sekularisme semata-mata untuk mendapat undi,” ujarnya lagi.

Selain Tun Faisal, turut umum bertanding bagi jawatan sama ialah Dr Fathul Bari Mat Jahya, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib, Hizatul Isham Abdul Jalil, serta bekas ketua komunikasi Kementeri Dalam Negeri (KDN) Datuk Azmi Abdul Malik.

Turut bertanding bagi mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi Umno ialah Datuk Seri Reezal Merican, Datuk Seri Azalina Othman Said serta Tan Sri Noh Omar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here