Tular video pemilik kedai makan tmpar rider Foodpanda, ini puncanya…

Kerja sebagai penghantar makanan memang banyak cabarannya.

Selain terdedah kepada kemalangan jalan raya, mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai karenah daripada pelanggan mahupun pihak vendor.

Baru-baru, tular di media sosial video yang memaparkan seorang rider Foodpanda telah ditampar pemilik kedai makan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kota Damansara itu dikatakan berpunca daripada pihak vendor yang gagal menyiapkan pesanan pelanggan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Puncanya rider dapat lapan order serentak. Tunggu dari jam 6.30 petang sampai pukul 8.00 malam tetapi hanya dua order yang siap.

“Lepas tu vendor memekak suruh hantar dulu. Abang rider ni explain tak boleh hantar selagi tak siap semua order.

“Lepas tu vendor campak makanan tu ke lantai. CC call vendor cakap rider tak nak hantar. Tengah abang rider tu explain dilempangnya,” kata seorang netizen.

Walaupun ditampar di hadapan orang ramai, rider berkenaan memilih untuk diam serta sabar dan tidak membalas perbuatan pemilik kedai berkenaan.

Kata netizen itu lagi, rider Foodpanda yang ditampar itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Berikutan itu, netizen mengecam perbuatan lelaki berkenaan yang bertindak secara keterlaluan dan melulu sedangkan ia boleh diselesaikan secara baik jika dia bersabar.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *