Tular mahu serah anak pada orang, lelaki ditinggal isteri meninggal dunia

Tular di media sosial sebelum ini kisah seorang bapa tunggal yang buntu memikirkan masa depan enam anaknya selepas menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan dia tidak mampu bekerja.

Lelaki berkenaan, Kamarul Sharizam Kamarudin, 40, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Dalam laporan akhbar pada Ogos lalu, arwah dikatakan terpaksa menyerahkan empat daripada enam anaknya kepada rumah kebajikan.

Ini kerana arwah pada ketika itu menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, asma dan batu karang.

Menurut rakan setugas arwah, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawan pada pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, perkongsian dari adik arwah yang menunjukkan anak-anak arwah menatap wajah terakhir bapa mereka telah menimbulkan rasa sebak dalam hati netizen.

Anak-anak arwah yang masih kecil sudah tentu sukar untuk menerima takdir bahawa bapa mereka sudah pergi buat selama-lamanya.

Menurut adik arwah, anak-anak saudaranya kini dalam jagaan dia dan adik-beradiknya yang lain.

Pada masa yang sama, netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan memohon doa agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply