Gambar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat duduk semeja bersama mutawwif rombongan umrahnya viral di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Antaranya termasuklah pendakwah bebas, PU Rahmat yang kecewa dengan tindakan agensi pelancongan tersebut seolah-olah mereka tidak kisah lelaki itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.
Menerusi perkongsian PU Rahmat di Instagram, beliau turut menyamakan mutawwif dan agensi pelancongan tersebut seperti kapitalis yang tidak bermoral dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa Sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan. Dah tu ni apa wahai ustaz mutawwif? Minum satu meja sambil Sajat pakai tudung ini pun luar jangkaan kah?”
“Kalau aku tahu kalian melindungi Sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat,” katanya.
Sehubungan itu, PU Rahmat mahu pihak agensi menghubungi serta memberikan penjelasan kepadanya berhubung isu tersebut.
Leave a Reply