Portal berita terbaik anda

Utama

Tukang masak kantin sekolah lemas di Belukar Bukit

HULU TERENGGANU – Keseronokan seorang tukang masak kantin sekolah berkelah bersama tunangnya di kawasan Air Terjun Belukar Bukit dekat sini petang ini berakhir tragedi apabila pemuda itu mati lemas ketika mandi di situ.

Wan Mohammad Rafiq Abdul Karim, 29, yang beralamat di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dikatakan lemas dalam kejadian pukul 4.36 petang tadi.

Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 15 minit kemudian pada kedalaman 15 kaki di dasar sungai.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Mangsa bekerja sebagai tukang masak di kantin Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Ladang di Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Mohd. Adli mengulas lanjut, sebelum kejadian mangsa bersama tunangnya, Nurliana Majnun, 31, yang berasal dari Kampung Binjai Rendah, Marang berkunjung ke kawasan air terjun itu untuk berkelah sebelum mangsa turun mandi di situ.

Katanya, ketika sedang mandi, mangsa telah lemas sebelum tunangnya, Nurliana meminta bantuan orang ramai di lokasi kejadian.

Tambahnya, operasi mencari mangsa turut disertai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply