Portal berita terbaik anda

Jenayah

Tukang cuci ditemui mati dibunuh dalam keadaan bogel

WANITA warga Indonesia ditemui mati dibunuh dalam keadaan bogel di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mayat mangsa, 33, ditemui di dalam biliknya oleh adik iparnya sebaik pulang dari kerja.

Adik ipar mangsa, 34, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suaminya ketika berada di rumahnya di Puchong.

“Sebaik mengetahui perkara itu, saya bergegas ke rumah sewanya. Saya dimaklumkan mayat kakak ipar ditemui adik ipar saya di atas katil dalam keadaan bogel.

“Saya percaya dia (mangsa) disamun sebelum dibunuh kerana rumah sewanya bersepah dan barang berharga miliknya turut hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di blok rumah sewanya mendapati mangsa balik ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kebiasaannya dia yang bekerja sebagai tukang cuci akan pulang ke rumah untuk menunaikan solat Zohor dan makan.

“Dia sudah lama menetap di rumah sewa ini bersama empat ahli keluarga lain sejak 10 tahun lalu,” katanya yang memaklumkan mangsa berasal dari Surabaya, Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.45 malam.

Loading...

Leave a Reply