Portal berita terbaik anda

Viral

Tuduh rider curi air Starbucks, Grab Malaysia tampil beri penjelasan

Ia pastinya sesuatu yang tidak menggembirakan apabila makanan atau minuman yang dipesan menerusi aplikasi penghantaran tidak cukup.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna di Twitter selepas air minuman Starbucks yang dipesannya kurang satu cawan.

Tanpa usul periksa, dia terus menuduh rider yang menghantar pesanannya mencuri salah satu minuman miliknya.

Perkongsian lelaki itu tular sebelum menerima respon dari Grab Malaysia.

Menjawab tuduhan lelaki itu, pihak Grab berkata, setiap bungkusan yang ditempah akan terus di seal.

Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan.

Isu rider ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka dilarang membuka sebarang bungkusan pelanggan.

Lelaki itu mendakwa dia sepatutnya menerima tiga cawan minuman tetapi di dalam bungkusan itu hanya ada dua.

Dalam gambar yang dikongsi, bilangan cup holder yang ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas.

Jadi, ralat sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.

Netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider.

Sebenarnya setiap pesanan yang ditempah di Grab, anda boleh buat report sekiranya pesanan anda tidak mencukupi. Pihak Grab biasanya akan refund bayaran yang anda telah buat selepas report diterima.

Majoriti berpihak kepada rider yang bekerja tanpa henti untuk menghantar order dari pelanggan.

Semoga perkara seperti ini menjadi pengajaran buat kita. Sekiranya ada pesanan yang tidak cukup, buat report dan anda akan terima kembali duit anda.

Loading...

Leave a Reply