Tsunami landa Selat Sunda, sekurang-kurangnya 20 terkorban

0
82

BANTEN: Seramai 20 orang terkorban, 165 orang cedera, dua hilang dan puluhan lagi bangunan musnah apabila ‘tsunami’ melanda Anyer, Banten di Indonesia.

Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam pada Sabtu.

Memetik laporan detik.com, Ketua Pusat Data & Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata jumlah korban dan mangsa yang cedera akan terus bertambah apabila semua maklumat diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here