Detik cemas bandar Palu, Sulawesi dilanda tsunami kuat

0
113

JAKARTA – Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu petang tadi.

Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, gempa bumi itu menyebabkan berlaku tsunami pada ketinggian lebih dari 50 sentimeter hingga maksimum tiga meter.

“Setakat pukul 8 malam ini, BMKG mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 skala Richter selepas gempa kuat 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala pukul 5.02 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan malam ini berkata, setakat ini enam orang dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here