Portal berita terbaik anda

Viral

Trend cari suami dengan hidu bau, ada yang kecam tak tahu halal haram

Baru-baru ini, tular satu rakaman video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman sosial Twitter.

Video tersebut memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mengenal pasti ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.

Wanita itu perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari di antara jejaka-jejaka itu, mana satu suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan permainan tersebut dan ingin mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang tidak menggemari perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.

Apabila menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti netizen mengecam ‘game’ beserta individu yang terlibat.

Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Nasib baik dapat pasangan yang ‘sporting’, kalau tidak siap sedialah untuk ‘berperang’.

Loading...

Leave a Reply