Tragedi lemas kereta terjunam ke tasik, bapa masih cuba ‘call’ anak

Tragedi yang meragut nyawa dua beranak selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai petang kelmarin benar-benar menyayat hati.

Dalam kejadian itu, mangsa Nor Aiza Hashim, 28, dipercayai cuba menyelamatkan ibunya Hasmat Mat Isa , 69, yang terperangkap di dalam kereta sebelum kedua-duanya mati lemas.

Jenazah dua beranak itu dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irsyad, Kulim selepas urusan bedah siasat selesai.

Pemergian Hasmat bersama-sama anaknya itu mengejutkan ahli keluarga yang lain terutama suaminya yang menderita sakit lupa.

Menerusi perkongsian daripada anaknya, bapanya masih cuba menghubungi arwah kakaknya walaupun sudah diberitahu yang ibu serta kakaknya sudha kembali ke rahmatullah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI💛 (@haney__nieza)

Menurut Hani, dia sebak apabila melihat telefon bimbit milik arwah kakaknya berdering kerana mendapat panggilan daripada ayahnya.

Hani turut memberitahu arwah kakaknya pernah menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka.

“Allahuakbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat tahu baru-baru ni arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak pergi sama-sama dengan arwah mak.

“Tak sangka doa-doa dia termakbul. Doa-doa arwah mak pun termakbul, arwah mak nak sangat mati syahid macam arwah mak dia mati sebab jatuh telaga,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI💛 (@haney__nieza)

Loading...

Leave a Reply