Tragedi langgar lari Cyberjaya: Tiga lelaki, seorang wanita ditahan

0
2585

POLIS menahan tiga lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia tengah malam tadi susulan kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, penahanan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, 12 tengah malam tadi membabitkan seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

“Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Cyberjaya membabitjan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah,” katanya, hari ini.

Abdul Aziz berkata, kereta Hyundai berwarna silver dipercayai terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas.

“Semua tangkapan adalah penuntut di universiti antarabangsa di Cyberjaya dan seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu ketika kemalangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here