Portal berita terbaik anda

Utama

Tolong pulangkan semula susu dari treler terbalik, pemilik tidak izin

ANAK kepada pemilik treler muatan susu yang terbalik di Kampung Tawang, Bachok, awal pagi tadi meminta orang ramai supaya memulangkan semula susu-susu yang yang mereka kutip dengan kadar yang segera.

Menurut Alinie Nasyira, pemandu memaklumkan susu-susu tersebut masih berada di dalam treler sebelum dia dikejarkan ke hospital.

“Namun, pagi ini ada orang lain yang bertindak membuka khemah treler tersebut sebelum sekumpulan penduduk kampung mengambil susu-susu yang ada di dalamnya,” katanya.

Alinie Nasyira turut terkilan dengan tindakan orang ramai yang mengambil barang yang bukan hak mereka sesuka hati selain turut menafikan dakwaan bahawa pemilik memberi kebenaran kepada mereka untuk mengambil susu-susu tersebut.

“Itu semua tidak benar. Minta jasa baik orang ramai supaya memulangkan semula susu-susu itu agar kami dapat nilai semula barang-barang tersebut,” katanya.

Alinie Nasyira berkata, sesiapa yang ingin memulangkan susu yang mereka ambil boleh berhubung dengan pemilik treler di talian 014-8498669.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Beliau meminta kepada pemilik syarikat untuk membuat laporan segera bagi memudahkan siasatan polis dijalankan.

“Berkenaan perbuatan orang ramai mengutip susu itu, kami tidak dapat pastikan kerana ada penduduk mendakwa diberi kebenaran oleh pemilik sendiri.

“Bagaimanapun jika sebaliknya, pemilik perlu tampil menjelaskan perkara sebenar dan saya nasihatkan sebaiknya buat laporan polis segera berhubung kemalangan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply