Portal berita terbaik anda

Utama

Tolong benarkan Hadi dan pengikutnya mati, kata Siti Kassim

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Siti Zabedah Kassim menggesa kerajaan membenarkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan para pengikutnya yang ingin syahid untuk mati.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Hadi berhubung kematian yang disebabkan virus menurut pandangan Islam.

“Tolong benarkan mereka ini mati. Saya ingin menggesa kerajaan untuk memenuhi hasrat Hadi Awang dan para pengikutnya yang ingin mati sebagai syahid.

“Saya juga mencadangkan mereka itu diletakkan di sebuah pulau tanpa sebarang fasiliti perubatan dan biarkan mereka saling dijangkiti (Covid-19) sehingga mereka benar-benar dihapuskan oleh virus tersebut.

“Saya rasa ramai orang dari ‘jenis ini’ (agamawan) turut mengharapkan untuk mati sebagai syahid. Kita akan berdoa untuk mereka agar tidak terlalu terseksa. Amin,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Hadi ketika berceramah menghadapi wabak menerusi Facebook sebelum ini berkata ulama Islam menyifatkan mereka yang mati disebabkan virus boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

“Syahid akhirat ialah mereka yang mati dalam menjalankan tugas dengan tidak berperang, orang yang mati kerana wabak, penyakit taun sebagai contoh, wabak corona pada hari ini atau Covid-19 di mana mereka menghadapi wabak ini setelah berikhtiar, berubat, sabar menghadapi ujian selepas itu dia mati itu syahid akhirat.

“Ia termasuklah mereka yang mati ketika menjalankan tugas sebagai doktor, jururawat, sukarelawan untuk melindungi orang daripada penyakit ini, begitu juga orang yang mati akibat kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas mencari nafkah, mati kerana banjir, kebakaran termasuklah wanita mati ketika bersalin, itu semua syahid akhirat dan jenazah mereka perlu diurus sebagaimana biasa, dimandi, dikafan dan disembahyang,” katanya.

Seterusnya kenalan Siti Kassim melalui status yang sama turut dilihatkan memberikan komen bersetuju dan menyindir pandangan tersebut.

“Dia sepatutnya menunjukkan contoh dengan melaksanakan apa yang dikatakan itu (mati syahid). Dunia pasti menjadi tempat yang lebih baik (tanpa kehadiran mereka), kata Sarala Poobalan.

“Bukan hanya sekadar mati, pergi masuk ke neraka dan terpenjara di sana untuk selamanya,” ujar Eric Tan.

“Hadi, aku ingat u dah balik kampung tangkap ikan dah. Pasal apa masih bising macam anjing?,” soal Tak Chew.

“Pergi lah ikut mampos sana. Hidup pun menyusahkan orang je, kan,” kata Tia Razia pula. – SuaraTV

Loading...

Leave a Reply