Portal berita terbaik anda

Utama

‘Tinggalkan saya dan tolong rakyat’ – Sultan Johor

PASUKAN perubatan peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertindak pantas dengan memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di hadapan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Perkara itu dikongsikan dalam satu kenyataan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, seorang penunggang motosikal merempuh dinding pagar istana dipercayai selepas hilang kawalan.

“Pasukan paramedik peribadi Baginda Tuanku Sultan yang berada di dalam Istana Pasir Pelangi ketika itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan bahu akibat kemalangan itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, ambulans peribadi Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk keperluan kecemasan dan telah banyak kali menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Sultan Ibrahim juga sering bertitah kepada pasukan perubatannya supaya segera memberi bantuan jika berdepan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.

“Saya pesan kepada mereka, apabila nampak rakyat saya yang perlukan bantuan kecemasan, tinggalkan saya dan terus pergi tolong.

“Apabila mereka tolong rakyat saya, mereka juga menolong saya,” titah baginda.

Loading...

Leave a Reply