Portal berita terbaik anda

Sukan

Timbalan Presiden PBSNT tempelak budaya cari tiket ‘free’ apabila final

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menempelak budaya mencari tiket percuma tajaan persatuan bola sepak ataupun kerajaan apabila ada perlawanan final bola sepak.

Terengganu mara ke final Piala Malaysia 2018. Dan lawan mereka adalah Perak. Sudah ada pihak mulai mencari tiket percuma yang ditaja. Beliau menganggap ia budaya lama yang harus diubah.

Timbalan Presiden PBSNT itu berkata:

“Serba salah. Nak tulis ke tak nak tulis. Nak post ke tak nak post.”

“Sebenarnya begini. Bila kita tak ke final, pengurusan dikecam. Bila kita dapat ke final, bas free dan tiket free pula jadi tuntutan.”

“Secara peribadi, sokongan semua amat dihargai. Tapi bas dan tiket free ini ‘budaya lama’.”

Beliau kemudian memberitahu, ada beberapa kelompok penyokong yang sanggup menabung sepanjang musim demi menyokong pasukan walaupun terpaksa menyeberangi laut China Selatan.

Adakah golongan yang jenis minta tiket percuma ketika final ini tak segan dengan mereka ini?

“Sesekali saya segan dengan penyokong setia Terengganu dari mana-mana kelab.”

“Sepanjang musim mereka hadir ke mana-mana perlawanan jauh dengan perbelanjaan sendiri, pengangkutan sendiri, tiket sendiri dan belanja makan sendiri. Kalah menang, jatuh bangun. Mereka sentiasa ada.”

“Walaupun terpaksa terbang jauh ke Kuching. Kalau setakat Selatan dan Utara itu sudah menjadi kelaziman mereka.”

“Sebab itu saya tak terasa hati sangat kalau mereka buat teguran dan kritik pengurusan PBSNT.”

“Sebab mereka berhabis untuk menyokong pasukan mereka. (Tapi harapnya teguran dan kritikan lepas ini lebih baik dan bersopan).”

“Saya harap ‘budaya lama’ menaja bas dan tiket ini tidak berlanjutan atau tidak keterlaluan. Sudah sampai masanya peminat bola sepak Terengganu berdikari seperti rakan di kelab-kelab penyokong #WeBleedBlackAndWhite.”

“Merancang trip away dengan menabung dan merencana perjalanan dan persiapan alatan sokongan/sorakan dengan usaha sendiri.”

Beliau juga menyatakan wang yang dibelanjakan untuk tiket percuma itu lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat. Dan beliau berharap tulisan beliau akan dapat mendidik para penyokong bola sepak.

“Bolehlah pula diguna perbelanjaan kerajaan untuk kegunaan rakyat yang lebih memerlukan dan lebih awal dengan suasana suram ekonomi semasa hari ini.”

“Sengaja saya lontarkan ini sebagai suatu proses ‘educate’ untuk rakyat.”

“Kalau tidak berjaya hari ini, saya harap berjaya untuk tahun mendatang.”

“Kalau tanya saya, nak ramai atau tidak?”

“Tentulah sebagai Timbalan Presiden PBSNT, saya ingin jumlah penyokong yang ramai di Shah Alam nanti.”

“Sekadar lontaran untuk muhasabah dan perbincangan sahaja. Bukan medan untuk kecaman. Saya sedar ia tidak popular. Tapi ia penting. Pohon maaf semua.”

“Maaf juga, saya ulas tentang bola banyak sehari dua ini kerana ia jadi tanggungjawab saya. Nak ulas juga tentang royalti. Sikit masa lagi, InsyaAllah.”

Berdasarkan komen netizen yang membaca post Timbalan Presiden PBSNT itu, majoriti menyokong hujah beliau.

Mereka setuju budaya itu harus dihapuskan. Dan mungkin selepas ini ianya akan diikuti oleh persatuan-persatuan bola sepak yang lain.

Loading...

Leave a Reply