Portal berita terbaik anda

Utama

Timbalan menteri rebah, sesi Dewan Rakyat ditangguh 10 minit

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, pengsan ketika mendengar perbahasan di Dewan Rakyat, pagi ini.

Eddin rebah ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah sedang menjawab soalan tambahan.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon serta-merta menangguhkan sesi persidangan dan meminta pasukan perubatan supaya memberi bantuan segera.

Sesi persidangan Dewan Rakyat bersambung semula selepas kira-kira 10 minit.

Loading...

Leave a Reply