Tiket final Malaysia-Vietnam habis licin tak sampai sejam

0
44

KUALA LUMPUR – Tidak sampai satu jam tiket final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan sudah habis dijual.

Begitu pun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata penambahan tiket sebanyak 10,000 akan kembali dijual sebentar lagi.

“Atas tindakan www.tickethotline.com.my yang melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal bagi jualan aksi final pertama, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi tadi, 20,000 tiket telah pun habis terjual dalam masa sangat singkat sebentar tadi.

“Lantaran itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 tiket akan dibuka penjualannya secara online sebentar lagi, menjadikan hanya baki 10,000 keping akan dijual secara atas talian pada pukul 9 pagi esok sehingga habis kuota yang ditetapkan itu,” katanya yang dipetik daripada Facebook FAM di sini hari ini.

Baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini. Info lanjut akan dimaklumkan kemudian. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here