Tiga maut, 18 cedera akibat letupan gas di Kuching

0
391

KUALA LUMPUR – Tiga maut manakala 18 lagi dilaporkan cedera dalam insiden letupan gas di City One Megamall, Kuching, Sarawak, di sini hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, letupan di pusat beli-belah itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.

“Pihak bomba menerima panggil kecemasan pada pukul 3.37 petang sebelum 13 jentera dengan kekuatan 39 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 16 mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan manakala dua lagi masih terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here