Portal berita terbaik anda

Politik

Tiga bulan tiada pendakwaan, aset perlu dipulangkan – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan aset yang disita oleh pihak polis masih belum dipulangkan kepada UMNO.

Najib berkata, mengikut undang-undang, aset yang dirampas perlu dikembalikan selepas tiada dakwaan dibuat dalam tempoh tiga bulan.

“Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.

“Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Mei lalu pihak polis menemui RM120 juta wang tunai dari Pavilion Residences yang dikaitkan dengan Najib.

Turut dirampas 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan barang kemas yang dirampas dari tiga kondominium mewah di sini.

Sementara itu Najib turut menjelaskan antara tugas sebagai Presiden UMNO adalah untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO dan korporat.

“Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya.

“Semua hak ini ada ditulis di dalam Perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata Najib.

Menurut Najib ketika pilihan raya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Loading...

Leave a Reply