Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Tiga beranak termasuk bayi rentung dalam kebakaran rumah

TIGA sekeluarga termasuk seorang bayi maut dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, Hulu Selangor, pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohd Sharidan Abdul Aziz, 30, Siti Rafini Mohd Rafiee, 30, dan anak mereka Rafiq Mohd Sharidan, 1.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.30 pagi, pada Isnin.

“Seramai 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi mengalami kebakaran 70 peratus.

“Mangsa dipercayai sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an dan bayi lelaki mereka… kesemua mereka rentung dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, PGO JBPM Selangor berkata operasi dapat dikawal sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén