‘Tidur awal, esok adik datang kejut..’ – Ziarah pusara ayah, pesanan anak bikin sebak

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, ziarah kubur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika sambutan Aidilfitri.

Bagi seorang kanak-kanak perempuan ini, dia sempat meluangkan masa bagi menziarahi kubur arwah bapa dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.

Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini._ sehingga tular dalam platform berkenaan yang menyentuh sanubari orang ramai.

@idazaini._al-fatihah ayah 🤲❤️

♬ original sound – idaa

Rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua Allahyarham dan mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.

“Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Posting video tersebut meraih 244,000 tontonan dan hampir 700 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut sebak melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehilangan dua insan tersayang.

Tidak dinafikan, ketika ini macam-macam emosi yang dihadapi oleh segelintir individu. Apatah lagi selepas tengok video macam ni, mudah terasa sebak! Moga kita kekal positif, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber: TikTok @idazaini._

Loading...

Leave a Reply