Portal berita terbaik anda

Utama

Tidak wajar kerajaan arah majikan tanggung kos ujian Covid-19 pekerja asing

KUALA LUMPUR – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berpendapat tindakan kerajaan mewajibkan pekerja asing menerima ujian COVID-19 dengan kosnya ditanggung majikan adalah tidak wajar, tidak adil dan tidak masuk akal.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ujian tersebut memerlukan belanja kira-kira RM500 seorang dan negara ini mempunyai 2.3 juta pekerja asing yang sah.

“Ini bermakna sebanyak RM1.15 bilion akan ditanggung majikan,”katanya kepada Sinchew Daily.

Shamsuddin berkata, kerajaan sebelum ini berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyediakan ujian untuk pekerja, tetapi sekarang mahu majikan yang menangung.

“Kemampuan Malaysia sekarang adalah melakukan 16,300 ujian sehari, maka kami memerlukan lebih enam bulan untuk melakukan ujian ke atas 2.3 juta pekerja asing yang sah.

“Dengan kit ujian segera belum disediakan secara baik dan tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan majikan, keputusan ini adalah terburu-buru,”katanya.

Tambahnya, adalah tidak adil untuk kerajaan menuding jari kepada pekerja tapak binaan di Ampang, Kuala Lumpur sebagai sumber jangkitan sebelum hasil siasatan diperoleh. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply