Tian Chua bebas tuduhan menghasut

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan pensabitan dan hukuman ke atas Naib Presiden PKR Tian Chua selepas mendapati mahkamah rendah melakukan kesilapan dalam mengenal pasti kes prima facie.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, ketika membaca percakapan Tian Chua, ia tidak mengandungi hasutan seperti didakwa dalam kertas pertuduhan sebagai cuba menjatuhkan kerajaan.

“Undang-undang seperti Akta Hasutan perlu menyediakan ruang untuk kebebasan berhimpun dan bersuara,” kata hakim memetik bekas presiden Mahkamah Sesyen Raja Azlan Shah.

“Justeru, mahkamah mengenepikan pensabitan dan hukuman,” katanya.

Terdahulu, pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zin Ibrahim memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya menarik semula rayuan untuk menegaskan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM1,800.

Bagaimanapun, hakim mengkehendaki peguam bela N Surendran menjelaskan keterangan dalam penghakiman Mahkamah Sesyen yang dilihat merujuk kepada kesalahan Tian Chua.

Loading...

Leave a Reply