Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Tiada lagi pengiring polis trafik buat Najib

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mendakwa kerajaan membatalkan perkhidmatan polis pengiring trafik untuk bekas perdana menteri itu.

Isham juga mendakwa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan notis 24 jam dalam pembatalan perkhidmatan berkenaan dan ia berkuat kuasa serta-merta.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Kerajaan PH telah mengeluarkan notis 24 jam untuk membatalkan perkhidmatan polis pengiring trafik untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat-kuasa serta-merta.

“Tiada sebab atau alasan yang diberikan oleh kerajaan,” tulis beliau dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

Beliau turut berkongsi satu surat bertarikh 4 November 2019 yang menyatakan perkhidmatan itu ditarik balik berkuat kuasa 5 November 2019.

Surat itu ditujukan kepada Pegawai Khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin dan menyatakan penugasan outrider tetap (pengiring trafik bermotosikal) untuk Ahli Parlimen Pekan itu ditarik balik berkuat kuasa Selasa lepas.

Dalam pada itu Isham memohon penyokong bekas perdana menteri itu memberi laluan kepada Najib untuk memudahkan urusan dan perjalanannya.

“Sekiranya anda penyokong Datuk Seri Najib, mohon berilah laluan kepada kenderaan Datuk Seri Najib untuk memudahkan urusan dan perjalanan beliau dalam berkhidmat untuk rakyat dan berkempen untuk BN (Barisan Nasional) untuk menyemak-imbang kerajaan,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén