Portal berita terbaik anda

Utama

Tiada KWSP punca warga tempatan tidak minat kerja di pasar

KUALA LUMPUR – Tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditawarkan majikan di Pasar Harian Selayang kepada pekerja tempatan menjadi antara faktor golongan berkenaan tidak berminat untuk menceburi sektor peniagaan itu.

Seorang peniaga ayam di pasar itu yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50-an, berkata setiap pekerja terutama yang berkeluarga sudah tentu memerlukan caruman KWSP bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Katanya, ketika ini Pasar Harian Selayang kekurangan pekerja tempatan dan sebagai peniaga, dia memahami mengapa hal itu berlaku.

“Dengan tiada potongan KWSP, tambahan pula bulan puasa begini, lagi susah majikan nak cari pekerja tempatan.

“Saya harap kerajaan teliti perkara ini, mungkin boleh wujudkan satu dasar baharu bagi memastikan pekerja tempatan berkaitan dapat potongan KWSP.

“Kita mahu situasi ‘menang-menang’ untuk kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja,” katanya ketika ditemui BH, di pasar itu, di sini, hari ini.

Sementara itu bagi peniaga sayur yang mahu dikenali sebagai Loo, 60-an, berkata dia berharap kerajaan dapat meneliti semula keputusan untuk tidak membenarkan warga asing berkerja di pasar berkenaan.

Katanya, apabila warga asing tidak dibenarkan bekerja ia bukan jaminan anak muda tempatan mahu bekerja di pasar itu.

“Warga asing sudah tidak dibenarkan kerja manakala anak muda tempatan tidak mahu kerja, siapa susah sekarang? Sudah tentu peniaga.

“Sebagai peniaga saya perlu buat pesanan stok, terpaksa juga angkut barang, urusan jual beli pun saya juga kena buat, tidak cukup tangan,” katanya.

Tambahnya, tidak salah menggajikan pekerja asing asalkan mereka mempunyai dokumen yang sah kerana golongan itu juga perlu mencari rezeki.

Loading...

1 Comment

  1. zainab abdul manap

    Rasa2 cik nab , budak2 muda kita kbnyaknnya minat bisnez online .

    Betul x , tok abah ?

    & cik nab stuju tanpa ragu2 dgn cadangan apek sayur tu.
    Asalkan depa2 si warga asing ada dokumen sah , pastu mmg niat nk kje je , boleh la ambik dorg .

    Mudah2an isu ini beres la hendaknya.

Leave a Reply