Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Sukan

TFC bakal kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan musim depan

KUALA NERUS – Penyokong tegar Terengganu Football Club (TFC) mendapat berita gembira apabila pasukan kesayangan mereka bakal kembali beraksi di gelanggang rasmi, Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus pada musim 2020.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Malaysia Football League (MFL) merupakan pentadbir Liga Malaysia telah bersetuju untuk membaiki padang stadium tersebut yang telah mengalami kerosakan serius sejak dua musim lalu.

“Padang Stadium Sultan Mizan akan diperbaiki MFL untuk digunakan semula pasukan utama kita, TFC.

“Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi venue pasukan utama (TFC) mulai musim 2020,” katanya ketika merasmi majlis pengenalan pemain dan jersi baharu musim 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, pembukaan semula Stadium Sultan Mizan yang berkapasiti 25,000 penonton tersebut bakal memberi lebih keselesaan kepada penyokong tegar skuad Penyu.

Kali terakhir Stadium Sultan Mizan menjadi gelanggang rasmi TFC (dahulu dikenali sebagai Terengganu) pada musim 2016 dan sejak dua musim lalu, skuad Penyu berkongsi venue dengan pasukan adik, TFC II (dahulu dikenali sebagai T-Team) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang hanya boleh memuatkan 10,000 penonton. – K! ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén