Tesco Semenyih kecoh dengan kedatangan ‘Bossku’

Tesco Semenyih malam ini gegak gempita dengan sorakan rakyat yang ingin bertemu dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dilaporkan, lebih 500 orang sudah bersiap sedia berkumpul di luar pusat beli-belah itu sambil menunggu ketibaan Ahli Parlimen Pekan itu.

Sambutan luar biasa dari penduduk Semenyih itu mungkin tanda positif yang rakyat Malaysia kini sudah mula menyedari kesilapan mereka menjatuhkan pemimpin negara yang banyak berjasa kepada mereka sebelum ini.

Jeritan ‘Apa malu bossku’ dilaungkan oleh mereka yang hadir dan rata-rata tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan beliau.

Apabila ditanya tujuan Najib ke pusat membeli belah itu, dengan berseloroh beliau menjawab di akaun facebook miliknya,

“Tadi pusing-pusing Kuala Lumpur tiba-tiba rasa dahaga. Singgah sekejap Tesco Semenyih beli air dan barang dapur. Perlu permit tak untuk beli air?,” komen Najib yang telah menerima ‘like’ sebanyak 26,000 kali.

Hari ini Allah mengubah hati-hati manusia yang jika dahulu membenci beliau tetapi kini semakin hari semakin rindu.

Mungkin salah satu doa Najib telah termakbul, doa orang yang teraniaya. – AbuLeman

One thought on “Tesco Semenyih kecoh dengan kedatangan ‘Bossku’

  1. Pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa bersama rakyat………….rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan………BOSKU kami TATAP merinduimu…………….banyak keperluan rakyat di mansuhkan yang terang dan nyata adalah pemberian BRIM(BSR) org bujang di mansukhan, ibubapa tunggal di mansuhkan banyak bantuan di mansukhan itulah kerja2 pemimpin PH?…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *