Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Terpaksa jalan kaki 2km ke terminal bas, pemandu turunkan di tepi jalan

SEORANG lelaki bersama isteri dan adiknya terpaksa berjalan kaki sejauh 2km untuk ke Terminal Bas Segamat selepas pemandu bas menurunkan mereka di tepi jalan, pagi tadi.

Nur Azmi Arif yang baru tiba dari Kuala Terengganu berkata, dia terpaksa pergi semula ke terminal bas itu kerana keretanya telah diparkir di sana.

Menurut Nur Azmi Arif, dia kecewa dengan tindakan pemandu bas tersebut yang menurunkan penumpang sesuka hati walaupun dia telah membeli tiket yang sah.

“Perhidmatan bas paling bodoh di abad ini. Tunggu aku buat aduan yer.

“Aku naik bas beli tiket, bukan naik free. Perhentian di Terminal Bas Segamat tapi pemandu turunkan aku tepi jalan dengan isteri dan adik aku.

“2km aku kena jalan kaki nak pergi ke terminal bas semula ambil kereta aku dekat sana,” katanya.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan pemandu bas tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mahu syarikat pengurusan bas mengambil tindakan yang tegas terhadapnya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén