Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Terpaksa guna air parit basuh baju, tiga beradik yatim piatu perlu bantuan

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun yang tinggal di Kampung Mentara Lama, Gua Musang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan menjaga dua adiknya selepas ibu dan bapa tirinya meninggal dunia, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, tiga beradik itu bukan sahaja tinggal di rumah yang tingkapnya ditutup dengan zink, malah terpaksa menggunakan air parit untuk kegunaan harian.

Mereka hidup daif selepas kematian bapa, Ahmad Yaacob, 48, enam bulan lalu kerana sakit jantung dan disusuli ibu, Rubiah Zakaria, 38, tiga bulan lalu kerana menghidap kencing manis.

Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim berkata, rumah pusaka ibu bapanya yang didiami itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.

Katanya, masalah itu terpaksa dihadapinya dengan penuh kesabaran demi membesarkan dua adiknya, Siti Noraini Ahmad, 14, dan Siti Norasniza, 9.

“Adik kedua belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangi manakala Siti Norasniza belajar di Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya. Kami tidak pernah mengeluh kerana sudah dididik hidup dalam serba kekurangan.

“Kami juga malu meminta bantuan daripada pihak terbabit dan perbelanjaan makan serta persekolahan dua adik sekadar termampu saya sediakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohamad Syahadam berkata, dia belajar sehingga tingkatan lima dan terpaksa mencari peluang pekerjaan untuk membantu keluarga.

Katanya, selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia dan dua adik menjaga ibunya yang menderita kencing manis sebelum wanita itu meninggal dunia Ogos lalu.

“Dari situ hidup kami tiga beradik dipenuhi ujian, tetapi sebagai abang dan ketua keluarga, saya mengajar dua adik supaya berfikiran matang.

“Saya hanya bekerja sebagai buruh ladang sawit dan memperoleh pendapatan RM700 sebulan dan ia sekadar cukup belanja untuk kami tiga beradik.

“Keperluan air juga bergantung kepada air parit di belakang rumah untuk digunakan bagi memasak, mandi dan membasuh pakaian setiap hari,” katanya.

Menurutnya, arwah bapa tirinya membina rumah itu di tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad dan berjauhan dengan rumah penduduk lain.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 014-7957784 atau akaun Bank Simpanan Nasional, 101210445849260100014 atas nama Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Hizani Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah meluluskan bantuan kepada tiga beradik yatim terbabit.

“Kami akan mula buat pembayaran bantuan sebanyak RM300 kepada mereka, Disember depan dan kami sudah membuat siasatan berhubung perkara itu minggu lalu,” katanya.

Loading...

10 Comments

  1. Lynn Alias

    Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Syahadam, 101210445849260100014.

    Salah nombor ni

    • Zailani

      Bank Simpanan Nasional, 1012 1410 0006 1514 atas nama Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim.

      • SYAFIZA SAILA SAMSUDIN

        ini adalah no account yg sebenar.. yg atas dlm artikel invalid.

  2. Sharmila

    No akaun bank yang diberikan tidak tepat
    Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Syahadam, 101210445849260100014.

  3. Hana

    Hello,

    Number BSN ni salah, 16 digit sahaja
    Admin please check semula dgn adik ni

  4. ambolegen

    dah kenapa admin ni.. artikel ni dah viral dah.. tapi info tak betul,, tak dapat nak derma.. TAPI BLOG DAPAT TRAFIC … cis

  5. NurZafirah

    Betul ke ni numbe acc adk syahadam

  6. Azlan shah Abdullah

    No acc slah.. Tak ckup ruang nk isi nombr tersebut.. Dkt paper Metro pun sama no akaun tersebut.. Mcm mna nak menderma?

  7. Sharm

    Nombor akaun tak betoi pulak
    Ada orang bagi nombor lain kat komen atas tapi was2 pulak nak transfer hahaha

  8. KAMAL

    MOHON MASOK KAN AKAUN YG BETUL

Leave a Reply

Theme by Anders Norén