Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

‘Tergamak buat isteri, anak lelaki macam ni…’

SUSULAN penemuan mayat dikerat lapan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka petang semalam, seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai telah membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum mengerat anggota badan mangsa kepada beberapa bahagian dan membuangnya di kawasan semak.

Hasil risikan yang dijalan polis Singapura mendapati, suspek bertengkar dengan mangsa selepas mangsa melempar hadiah ulang tahun perkahwinan yang dibeli keluarga suspek.

Mangsa dikatakan turut memukul suspek tetapi suspek tidak membalasnya.

Bagaimanapun, apabila mangsa meminta cerai, suspek hilang pertimbangan dan mengambil pisau di dapur lalu menikam mangsa sehingga mati.

Suspek turut membunuh anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun kerana melihat kejadian tersebut.

Suspek juga mengalami kecederaan kecil di jari dan dada ketika bergelut dengan mangsa.

Kemudian, suspek bertindak mengerat anggota badan mangsa dan anaknya kepada beberapa bahagian.

Telapak tangan mangsa dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah, manakala bahagian-bahagian lain dimasukkan ke dalam beg kanvas dan dibuang di kawasan semak.

Ketika membuang mayat mangsa, suspek turut membawa anak bongsu mangsa bersama-sama.

Suspek telah menyerahkan anak bongsu mangsa kepada keluarga mertuanya di Rumah Pangsa Taman Merdeka sebelum kembali ke Singapura.

Anak bongsu mangsa tidak dibunuh kerana ketika itu dia sedang tidur dan tidak menyaksikan pembunuhan melibatkan ibu dan abangnya.

Sekembalinya suspek di Singapura, suspek telah menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya.

Menurut bapanya, suspek ketika itu kelihatan tertekan dan menggigil.

Bapa suspek menyuruhnya supaya menyerahkan diri tetapi suspek keluar daripada rumah.

Hasil risikan juga mendapati suspek telah berkahwin dengan mangsa sejak setahun yang lalu dan mangsa mempunyai empat anak hasil perkahwinannya yang lalu.

Suspek akan diserahkan kepada polis Malaysia agar siasatan berhubung kes itu dapat dilengkapkan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén