Portal berita terbaik anda

Utama

Terengganu lubuk kereta klon di Malaysia

Pastinya peminat kereta mewah akan terpaku apabila kenderaan berjenama mewah dijual dengan harga murah seperti Honda Jazz dan lain-lain, tetapi haruslah diingatkan untuk tidak tertipu membeli kenderaan klon.

Sebanyak 296 kenderaan klon yang dikenalpasti dan disita sepanjang tahun 2018 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menjadikan Terengganu negeri tertinggi yang terlibat dengan kes tersebut.

Malah, menurut Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin, pihaknya tekad untuk mempergiatkan lagi usaha bagi membanteras segala bentuk kesalahan yang melibatkan kenderaan klon agar ia tidak terus menular.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut.

Bagi anda yang ingin mendapatkan status sahih kenderaan yang anda bakal beli, anda boleh membuat semakan di kaunter JPJ.

Loading...

Leave a Reply