Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Terengganu isytihar Hari Arafah sebagai cuti umum

KUALA TERENGGANU 10 Ogos – Terengganu menjadi negeri pertama mengisytiharkan Hari Arafah pada setiap 9 Zulhijjah sebagai cuti umum yang akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu merasmikan program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini malam tadi.

Program julung kali diadakan itu disertai kira-kira 1,000 umat Islam di negeri ini.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Yahaya Ali serta kepemimpinan kerajaan negeri termasuk EXCO Kerajaan Terengganu serta wakil-wakil rakyat.

Ahmad Samsuri berkata, pengisytiharan cuti umum Hari Arafah bagi negeri ini dibuat bagi memperingati signifikan serta simbolik penyatuan seluruh umat Islam dari pelusuk dunia yang tertumpu di Arafah ketika mengerjakan ibadat Haji.

“Seluruh umat Islam termasuk di Malaysia dan negeri ini wajib bersatu dan pertahankan agenda Islam yang kini menghadapi pelbagai ancaman.

“Semangat penyatuan sebegini (hari Arafah) perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seharian umat Islam,” katanya.

Menteri Besar berkata, seluruh umat Islam termasuk di negara ini perlu memperingati Hari Arafah sebagai satu tarikh penting dalam kehidupan sebagai tanda penyatuan ummah tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén