Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Terang-terang timbang kilo, kembar 7G ‘claim’ produk mereka dari kilang?

TIDAK perlu dinafikan lagi kewujudan produk kosmetik yang dihasilkan secara ‘timbang kilo’ demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan-kesan buruk kepada pengguna.

Baru-baru ini, pasangan kembar yang dikenali gara-gara memperoleh keputusan 7G, Ieka dan Iera Tajudin mendakwa produk kosmetik mereka dihasilkan dari sebuah kilang tempatan, bukan dari  China atau Thailand.

“Bukan produk timbang kilo, bukan produk dari China atau Thailand ye sayang-sayangku,” tulis gadis berusia 18 tahun itu di IG miliknya.

Walau bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial tampil mendedahkan bahawa kilang kosmetik tersebut merupakan pembekal produk ‘timbang kilo’ berskala besar di Malaysia.

Selepas bahan kosmetik dihasilkan, pengasas produk akan melabelkan dengan jenama masing-masing melalui pelbagai idea dan cara pemasaran.

Tindakan itu mengundang kecaman netizen yang rata-rata mengakui mudahnya untuk menjadi seorang pengasas dengan mengeluarkan sedikit modal bagi mengaut keuntungan besar.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén