Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari

MAJLIS Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalam bersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Keputusan itu diumumkan oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.

Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang Kelima digelar sebagai Sultan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *