Teman lelaki mengaku cekik Nur Alya sampai mati

Teman lelaki kepada Nur Alya Damia Hairi, 19, mengaku mencekik mangsa sehingga mati kerana perselisihan faham.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, suspek yang juga berusia 19 tahun dikatakan menjemput mangsa dari rumah sewanya dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja itu di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya.

Terdahulu, mayat Nur Alya Damia yang juga pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi.

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *