‘Resit asli tapi wang tak masuk’ – Hati-hati, ini teknik penipuan terbaru pembayaran online

0
120

Dalam era globalisasi ini, perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat kerana semuanya boleh didapati pada hujung jari

Bukan itu sahaja, dengan peningkatan kos hidup hari ini, semakin ramai yang menjalankan perniagaan dalam talian untuk menjana pendapatan kedua.

Bahkan laman sosial seperti Facebook dan Instagram bukan hanya tempat beramah mesra dengan rakan-rakan semata-mata tetapi juga dijadikan tempat membeli-belah.

Kaedah perniagaan dalam talian ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah di samping mempunyai risiko yang jauh lebih rendah di mana peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.

Walau bagaimanapun, pembeli harus berhati-hati dalam memberi barangan secara atas talian iaitu dengan memastikan penjual itu boleh dipercayai, antaranya dengan menyemak harga barangan itu serta rekod penjual tersebut, bagi mengelak risiko ditipu.

Namun begitu, bukan pembeli sahaja yang harus berhati-hati dalam urusniaga atas talian ini bahkan penjual juga perlu mengelak daripada menjadi mangsa kerugian

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Hafifi Hafidz telah berkongsikan teknik penipuan pembayaran atas talian. Perkongsian yang bermanfaat ini wajar diketahui lebih-lebih lagi buat mereka yang baru-baru berkecimpung dalam bidang perniagaan atas talian ini.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Teknik penipuan pembayaran atas talian

1. Buat SCHEDULED PAYMENT.

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang.
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di ‘screenshot’ dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan ‘normal transfer’. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat ‘tracking’ number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SCHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

Peniaga online sekalian, semak akaun selalu. Jangan tertipu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here