Tchetche kekal milik TFC musim depan

0
1589

KAPTEN Terengganu FC, Kipre Tchetche yang meledak dua gol pada final Piala Malaysia akan terus menabur bakti bersama skuad Penyu pada musim 2019.

Perkhabaran itu dinyatakan pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim yang percaya penyerang berbisa itu akan mampu lebih berbisa seterusnya memberikan impak kepada kelab pantai timur berkenaan.

“Khidmat Tchetche akan dikekalkan musim depan, selepas menyaksikan persembahan berkualiti dan impak yang diberikan kepada rakan sepasukan setiap kali perlawanan, sememangnya pemain ini perlu dikekalkan.

“Mungkin beberapa pemain import akan dibawa masuk, cuma buat masa ini apa yang boleh saya katakan, TFC akan mengekalkan Kipre untuk saingan musim 2019,” jelasnya.

Selain Tchetche (Ivory Coast), TFC juga memiliki beberapa pemain import iaitu Lee Andrew Tuck (England), Igor Zonjic (Serbia), Thierry Chantha Bin (Kemboja), dan Do Dong-hyun (Korea Selatan).

Pada pentas akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Tchetche meledak dua gol pada separuh masa pertama, namun gagal menamatkan perlawanan selepas mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan ketika pasukannya sedang mendahului Perak, 2-1.

Kehilangan Tchetche nyata memberikan kesan mendalam kepada taktikal pasukan apabila dilihat lebih banyak bertahan dan akhirnya berputih mata selepas tewas 4-1 melaluui penentuan sepakan penati selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here