Portal berita terbaik anda

Utama

‘Tarik balik buku Sarawak Report atau berdepan saman RM100 juta’

Peguam kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menuntut penerbit dan pencetak The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Exposé menarik semula buku itu daripada pasaran.

Mohd Haaziq Pillay Abdullah berkata, surat tuntutan telah dihantar kepada penerbit Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd serta kepada penulis buku itu Clare Rewcastle-Brown, pada 27 September lalu.

Selain penarikan semula buku itu, ketiga-tiga pihak juga dituntut untuk membuat permohonan maaf bertulis berdasarkan syarat yang dipersetujui baginda, serta aku janji untuk tidak mengulangi kenyataan-kenyataan terlibat dalam buku itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga pihak diberi masa lapan hari bermula tarikh tersebut untuk memenuhi tuntutan itu, atau berdepan saman berjumlah RM100 juta.

Katanya lagi, sebarang ganti rugi yang diarahkan mahkamah nanti akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan.

“Sultanah tidak mahukan wang, tetapi mahu melindungi nama baik institusi keluarga diraja Terengganu dan kedudukannya sebagai sultanah,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Sidang media turut disertai pasukan peguamnya serta pengendali pentadbiran istana Terengganu Mohd Azmi Mohamad Daham.

Loading...

Leave a Reply