Tarif asas gas asli naik 77 sen mulai 1 Julai

0
10008

KUALA LUMPUR – Isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 dibuat selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan tiga tahun mulai Januari 2017.

IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here