Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Tangkapan ke atas pengikut Syiah langgar hak asasi antarabangsa

KUALA LUMPUR – Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik tindakan pihak berkuasa agama yang menyerbu serta menahan pengikut ajaran Syiah selain menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak asasi antarabangsa.

Pengarah LFL, Melissa Sasidaran berkata, kempen yang diselaraskan oleh pihak berkuasa agama negeri berkenaan juga dilihat tidak memberi jaminan hak kebebasan beragama serta melindungi individu daripada sikap diskriminasi berlandaskan agama atau kepercayaan.

“Menerusi piawaian antarabangsa, batasan tentang kebebasan beragama hanya boleh dijustifikasi jika mereka perlu untuk melindungi keselamatan awam, ketertiban, kesihatan, moral atau asas hak dan kebebasan orang lain.

“Tidak bersetuju dengan ajaran dan amalan Syiah semata-mata bukanlah alasan yang mencukupi untuk tindakan yang keras ini diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, lebih 20 pengikut fahaman Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor dalam serbuan di sebuah rumah kedai Taman Sri Gombak, dekat sini.

Timbalan Pengarah JAIS, Azlinda Azman berkata, pihaknya turut menahan 21 pengikut ajaran itu di sebuah premis yang dijadikan markas kumpulan fahaman itu pada jam 9.55 malam.

Dalam pada itu, Melissa berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap orang bebas menganut dan mengamalkan agamanya.

“Namun, pihak berkuasa agama kita biasanya tidak mengikut Perkara 11 (4), yang menghadkan penyebaran doktrin agama dalam kalangan umat Islam, untuk membenarkan tindakan mereka.

“Apapun tafsiran yang membolehkan pihak berkuasa agama bertindak di luar kawalan atau sewenang-wenangnya terhadap pengikut Syiah adalah salah dan ini bermaksud tindakan ini tidak seimbang terhadap kebebasan beragama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén