Portal berita terbaik anda

Sukan

Tandukan Mauricio pastikan JDT julang Piala Sumbangsih 2020

Satu tandukan daripada pertahanan, Mauricio menerjah gawang pada separuh masa pertama membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan juara CIMB Piala Sumbangsih 2020.

Gol tunggal itu hadir selepas Mauricio masuk ke dalam kotak penalti pada minit ke-45 dan menanduk hantaran cantik daripada pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera dari luar kotak penalti.

Walaubagaimanapun, sepanjang separuh masa pertama pasukan pelawat, Kedah dilihat lebih mendominasi permainan dan turut mencatatkan lapan percubaan namun ianya banyak disia-siakan begitu sahaja.

Perlawanan kompetitif yang pertama kali dilangsungkan di laman baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim ini turut dihadiri sebanyak 34,252 penyokong daripada kedua-dua belah pihak.

Ini merupakan trofi Piala Sumbangsih ketiga berturut-turut dimenangi oleh skuad Harimau Selatan setelah memenanginya pada tahun 2018, 2019 dan terbaharu 2020.

Loading...

Leave a Reply