Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Tak sempat tarik tangan, isteri hamil 4 bulan maut terperosok bawah treler

Satu kemalangan maut telah berlaku di Bukit Treh, Muar semalam melibatkan sebuah motosikal dan sebuah treler. Seorang wanita yag juga pembonceng motosikal maut ditempat kejadian manakala penunggang motosikal cedera ringan. Pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Maut, mengandung 4 bulan!

Wanita yang maut dilaporkan sedang mengandung empat bulan. Mangsa mengalami kecederaan parah akibat digilis treler dan maut serta-merta di tempat kejadian.

Selamatkan suami dulu

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Siti Nor Farah Ain sempat menolak suaminya daripada dilanggar tetapi malangnya mangsa sendiri gagal menyelamatkan diri.

Salam takziah

Rata-rata netizen telah meninggalkan ucapan takziah terhadap suami Siti Nor Farah Ain. Mereka mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: MuarHomeland

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén