Portal berita terbaik anda

Utama

‘Tak sangka itu ibu’ – Identiti mayat terbakar disahkan wanita hilang 3 minggu lalu

KUALA TERENGGANU – Mayat tanpa identiti yang ditemukan terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus pada 17 April lalu disahkan wanita yang dilaporkan hilang dari Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ia susulan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang kelmarin.

Menurutnya, identiti mangsa berusia 50-an disahkan sebagai orang yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada 16 April lalu.

“Kita sudah maklumkan keputusan ini kepada ahli keluarga mangsa dan mereka dijangka akan menuntut jenazah esok.

“Mengenai dua lelaki berusia 30-an dan 60-an yang ditahan pada 1 Mei lalu, perintah reman yang sepatutnya berakhir 8 Mei depan disambung sehingga 12 Mei ini.

“Kita sedang menyiapkan siasatan termasuk menyiasat motif pembunuhan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Loading...

Leave a Reply